Sunday 16 September 2012

Smart tag


Kejadian ini berlaku semasa Ayah aku dan Lelaki A menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama

Lelaki A : Abang, saya baru beli smart tag  (dengan nada bangga)
Ayah: Apa tu?
Lelaki A : Smart tag ni kalau kat tol, kita takyah berhenti..tekan minyak je, sensor tu   boleh detect automatic..dia detect je terus palang tu terangkat..takyah nak brek-brek
Ayah: ooo..yeker? hebat tu
Lelaki A : Kejap lagi sampai kat tol, saya tunjuk kat abang

-------------------------------------------------
(100m ke tol)


Lelaki A :  ha..okay abang tengok eh, saya pecut sekarang (sambil tekan minyak vroooommmm)
 Ayah: ehhh ehhh jagaa jagaaaaaaa!

sreeettttttttttttttttttttttttttttttttt (bunyi brek emergency) - cuma suku kangkang kucing je dari palang tu..

Lelaki A : nape palang tu tak bukak? (dengan nada cemas)
-------------------------------------------------------
 datang kakak yang jaga tol

" oooo ni encik pasang smart tag ni terbalik, sebab tu tak dapat detect sensor" (sambil membetulkan sensor smart tag tu)

terus senyap sunyi dalam kereta sampai rumah

Kah!Kah!Kah!

Berlagak lagi..kan dah malu!

Saturday 8 September 2012

Movie of the week

Sabtu lepas gua, kakak and adik gua plan nak gi tengok movie. Ada beberapa movie yang kami duk review antaranya The Possesion, The Three Stoges & SAM (saya anak malaysia, eh silap saya amat mencintaimu) .

  
SAM mcm best tapi bila pikir balik..alahai..lemah sikit nak tengok citer melayu, sebab nanti mesti gua balik yang sakit hati.. Tapi malam sebelum tu, kitorg buat research sikit pasal movie SAM ni dengan membaca movie review, komen orang awam yang dah tengok & tgk trailer nya dekat youtube. Nampak cam menarik, cuma nya komen-komen orang yang dah tengok ni tak boleh pakai sangat.. sebab dorang ni kekdg puja puji movie tu sebab minat pelakonnya.. nana tanjung pun boleh jadi "the best movie ever" kalau hangpa peminat setia pak pie'e btui dak?

Satu lagi gua pikir, kalau dah kuar astro first sok, senang sikit gua nak tengok nanti.. bukan langgan astro first, tapi sure ada insan budiman yang akan upload and bleh tgk online..

So, lepas congak, campur tolak ,baling dadu, osom dengan kuda belang segala..kitorg pun decide untuk tengok movie The Possession.. Sampai dekat wayang, ngam2 dah nak start..beli tiket, then sewat pop corn sekotak dua then terus masuk panggung..


Gua nak citer sikit psl filem The Possession. Cerita ni sangaaaaaat la scaryyyyyy.. Gua tak mampu nak ulang tengok cerita ni buat kali kedua, hatta lu orang bagi tiket free, sediakan makan malam dan penginapan ke, ai won't compromise.. gua dah ketaq lutut tengok citer ni..seram nak mampuih wa cakap lu..

Cerita dia pasal budak perempuan ni nama Emily, kena rasuk dengan roh jahat yang ada dalam kotak tu.. comel kan budak ni..


Time ni dah hilang comel dia dah..sebab roh tu dah bersatu dalam badan dia.. seram wooo!!!

So, kalau lu orang ada masa..gi la tengok kat wayang..citer seram gini seronok tengok kat wayang..gambar terang, sound system best, kalau pelakon tu batuk pun ko boleh berderau..kucing mengeow takyah cakap la..mcm nak terkencing raso eh.. so sementara cerita ni masih di tayangkan..bleh la lu orang gi tgk.. apepun, gua mmg takde saham pape dengan citer ni..sekian


Hari Raya bagai nak gila

Gua rasa masih belum terlambat untuk gua ucapkan Salam Idulfitri, Maaf Zahir & Batin buat peminat-peminat gua serta buat semua pembaca blog gua walaupun gua tau nan ado yang baca blog gua.

Hari raya macam biasa, meriahnya tak terperi..Gua pun sekali sekala enjoy jugak berborak dengan sanak saudara, main dengan kucing belakang rumah, sorokkan selipar cousin yang gua tak suka, buang biskut raya yang tak sedap bawah sofa dan macam-macam lah.

And gua percaya ada di antara lu orang yang dapur rumahnya masih belum berasap laie..btui dak? kuali elok cantik tergantung kek dinding dapur..bawang kek bakul siap dah tumbuh pokok ..silap2 telur ayam dah menetas kuar anak ayam gamaknye, bahana jemputan ke open house yang tidak putus-putus tu.. Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua..rezeki yang melimpah ruah dengan izinNya.

Apapun ni ada gambar khas untuk korang!

Terasa tak? Terasa tak? Terasa tak?


nampak tak kat situ.. time bulan puasa kuruih kering..bila tang raya, open house sana sini..haa.. jadi gomok la apo laie..


Buat yang jenis hardcore , yang tak pernah miss 1 jemputan pun untuk ke open house  cam nia ghoman eh


Lopeh balik dari open house, apo laie, terlontang la..



Kalau dah tuan rumah hidang sate time open house, makan lak 20 cucuk,atas ampaian pun boleh tersadai..ngantuk nye pasal...


Sementara tunggu suami balik pun boleh tumbang kat tepi tingkap...


Time nak bunuh diri pun boleh terlolap.. open house nye pasal..



Kalau boleh, makan tu biarlah berpada-pada sikit. Tak semestinya kalau org bagi makan free kita melantak macam tak ponah makan.. Yang penting jaga kesihatan sebab kalau kita tak kawal makan, badan jadi sakit sama macam kita menzolimi (gaya ustajah) diri sendiri.

Kurangkan makan, banyakkan bersedekah ..meoww




Monday 25 June 2012

Yuna - Live Your Life

Gua suka layan lagu-lagu yang boleh bagi semangat/inspirasi..tapi kebanyakkan lagu kat M'sia ni semuanya lagu berunsur putus cinta, cinta tak di hargai, tagging-tagging, poking-poking dan sebagainya.. Namun dalam sesisir pisang bukan semuanya busuk betul tak? Lagu Yuna Live your life antara lagu yang sangat memberi semangat.. lagu ni dah lama dah, tapi gua saje je tepekkan kat sini...so enjoy la eh? nak dengar lagu nye boleh dgr kat youtube.. kepada adik2 manes yang telah gagal dlm pelajaran, boleh dengar lagu ini untuk naikkan semangat okeh..

Yuna - Live Your Life

Find your lie, don’t hide from what you are
And rise before you fall,
And hope for something more
Live if you really want to
Live if you really want to
Live if you really want to

All my life, I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been star gazing
The sky is riding above me
Oh, oh, oh

We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose

All my life, my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me

Oh, oh, oh

Saturday 23 June 2012

Trip paling bangsat (excuse my word)

Harini gua nak citer sikit  psl pengalaman ngeri yang gua lalui semalam..sepatutnya gua kerja semalam, tp gua ambik cuti sebab nak ikut satu trip ngeri + bangsat ni..trip apa? Kalau lu org jenis follow rapat berita kat tv sure lu org tau apa yang jadi semalam dekat melaka...haa..smlm kat melaka ada majlis perasmian bangunan utc and jelajah janji di tepati..so PM datang la melaka dengan bini dia nak rasmi kan bangunan tu.. kenapa gua ckp trip? sebabnya Adun setiap negeri sponsor bas and kupon makan rm6 pada setiap orang yang ikut ..and Adun ni serahkan tanggungjawab cari org nak gi melaka ni dekat bapak gua..2 hari sblm trip ni bapak gua dah aktif cari org..org2 ni terdiri dari org kampung gua la kan..so sah2 bapak gua paksa gua pergi sekali.. gua dengan hati yang berat, gua pergi jugak sbb gua pikir sape nak temankan mak gua nanti..so smlm gua bangun pkul 7.30 pagi, gua nampak jiran2 gua dah siap2 dah berkumpul kat depan umah gua..mcm hari raya pun ada..and mereka semua terdiri dari warga emas belaka..lu org ingat budak muda nak join ke benda2 mcm ni..mmg x la kan..so lepas gua ngan mak gua dah siap, kitorg pun berjalan la beramai-ramai menuju ke simpang..dari jauh gua dah nampak bas sekolah tengah tunggu nak ambik kitorg.. gua redho wpun sedikit benci sbb gua dah bertahun tak naik bas..nak2 gi melaka ni, boleh kata gua hari2 pergi melaka naik kereta..tp gua nampak makcik2 ni dah start excited bila nampak bas..dah mula bergura senda and ada yang ketawa terkekek-kekek tanpa sebab..

dalam bas, gua duduk sebelah anak jiran gua.. gua nampak muka dia pun kelat semacam macam kuda laut, mcm terpaksa ikut je.. dalam 8.30 pagi tu bermula la perjalanan rombongan kami ke melaka..masa bas tu baru gerak, gua terdengar la makcik2 ni sebut..bismillah..ada yang baca doa naik kenderaan.. ada yang melatah tanpa sebab.. and bas tu pun cam biase la..gerak 20km.sejam..ngeng ngeng ngengg.. gua tengok makcik depan gua beriya tengok pemandangan kiri kanan tak berkelip.. seolah-olah taknak miss the moment.. gua cuba lelapkan mata dan akhirnya gua terlena.. sekejap tu, gua tersedar sbb terbau sesuatu yang sangat harum.. gua dah agak dah, mesti ada celaka yang bawak bekal dalam bas ni.. gua dah stat menyirap...gi melaka je kot.. dari jauh gua dah nampak, dorang tengah passing2 bekas yang terisi nugget dan hot dog, siap sos meh? maklumlah adik beradik duduk berterabur dalam bas, tu yang kena passing tu.. sesekali gua ternampak makcik yang jadi org tengah tukang pas kan bekas tu cam menyirap sikit, sbb dah la owner nugget tu tak offer nugget tu kat dia..gua nampak makcik tu telan air liur... so bila gua terjaga ni gua bajet dah dekat dah nak smpi melaka la kan sbb dorg dah stat lapar and makan2 ni.. sekali gua toleh, belum smpi alor gajah lagi..adoi..tp gua paham..dorg mesti la nak feeling2 rombongan kan dengan bwk bekal sume.. gua malas nak layan and gua sambung tido balik..

sekali lagi gua terjaga sebab ada makcik ni melatah panjang2 sbb bas tu cam buat sudden break..gua ter-toleh kanan and nampak pakcik yang duduk sebelah kanan gua senyum smbil pandang gua..gua ni punye la gatal mulut gi tanya dia, pakcik kerja mana skrg.. one question will ruin everything...pakcik tu explain and berckp ckp ckp ckp smpai tiba melaka.. gua ingat dapat la gua smbung tido balik, tp x dpt.. pakcik tu berborak smpi bagi name card dia sume.. gua cuba pura-pura lelap mata, tp dia still sambung ckp jugak psl kerja dia.. gua redho..sesekali gua rasa nak lempang muka gua sendiri sbb gatal mulut ajak dia borak.. dalam pukul 9.40pagi camtu kami tiba ke tempat kejadian.. gua dengan rombongan yang lain turun kat tepi jalan..bas takleh masuk..sekali lagi gua redho sbb kena menapak naik jambatan hang tuah tu, gua rasa ada la dalam 2km kena menapak..sekali lagi gua pikir, nape gua ada kat sini skrg.. tp bila gua tgk mak gua, gua bersyukur sbb dpt teman mak gua..kalau x sure mak gua sensorg sbb nye bapak gua turun dr bas je terus lesap dengan kwn2 vip dia.. lu org bayangkan, gua sorg kena handle sume warga emas tu..gua geram jugak pikir mana anak2 dorg ni lgsg x teman, padahal mak lu orang ni gua tgk pun risau..sbb mmg stok yang tua abis umur 70 lebih sumenye...dorg bleh simplysiti je lepas tangan and sangkutkan kat kepala mak gua suruh jaga mak dorg..yang mak gua ni plak sangkutkan kat kepala gua.. tp gua ok lagi sbb dorg blum stat buat hal kan..smpi je kat tempat tu, gua dah tergamam..giler banyak oranggggggg..mana dtg manusia2 ni...gila bapak banyak siottt..gua takleh nak bernapas dah dalam tu..org byk gilerrrrr... warga emas ni dah mula berpecah..yang tinggal dgn gua skrg ni mak gua dengan 4 org makcik ni.. jiran gua (umur 70 lebih)..gua pun tetibe jadi ibu lipan bawak makcik2 ni.. kat situ cam ada gerai2 jual makanan, air, buah-buahan, kerepek2, biskut raya and memacam lagi..kat luar plak ada booth mcm kat jom heboh tu..ada booth dr company2 swasta and kerajaan mcm cimb group, kementerian pengajian tinggi, TV3, berita harian and memacam lagi la..

 (lu orang tgk sendiri crowd mcm mana? mcm iblis...)

masa gua dtg, gua nampak keadaan agak terkawal lagi (maksud gua terkawal mcm keadaan kat bazar ramadhan tu).. tp lama kelamaan tu gua nampak org dah mula berebut2 beli brg..mcm kat somalia..gila btul.. berebut2 siot.. lu org bayangkan 1 hot dog dorg potong 3, pastu dorg masukkan dlm 4-5 ketul dengan 3 chcken ball harga rm5.. yang tu pun org beli berebut beb..kalau kat luar org jual harga camtu lu org beli ke? tak kan? just sbb lu org ada kupon free, lu org berebut like hell..!! dalam pukul 11 sume gerai dh licin.. tinggal meja je and penjual tgh kira kupon sambil tersengih.. gua rasa kalau peniaga celaka ni jual anak monyet masak kurma pun bleh licin..punye la mcm sakai org2 ni membeli dengan buas..mak gua suruh beli air, gua tgk org dia ya rabbi..mcm hantu... berebut beli air..smpi terpelanting air tu..gua pikir, kalau gua still tunggu, mau esok pagi baru air gua siap..bila gua tengok manusia2 somalia ni, gua terpikir..manusia ni belum civilised lagi rupanya..masih takde manner.. berebut2 tak geti beratur..ada2 kedai gua x leh nak nampak apa dorg jual, gua nampak kepala org jer.. dlm rebut tu, gua dpt gak la selit beli barang sikit.. and gua pergi 1 gerai buah-buahan ni, mak gua nak beli pisang.. gua dengan bala tentera pencen gua pun bergerak ke gerai buah.. gua dpt selit wpun gua rasa mcm kena lenyek time masuk tu.. lu org bayang kan, makcik2 kat kiri ngan kanan gua berebut pisang sesisir smpi terbelah 2 pisang tu..gila ke apa..kat kampung kau tak de jual pisang ke? ke kau dari german yang payah sgt nak jumpa pisang..ade sekejap tu, gua nak ambik jambu batu, sekali makcik sebelah gua peluk jambu batu tu sambil kepung , dia kata ni aku punya , ni aku punya..bila aku usik dia tepis tangan aku..berani punya org tua, tak sedar diri dah tua tp nak berebut mcm tu..kalau sekali aku jentik, mau terjelopok kau ngan jambu batu kau tu.. mau lebam muka kau.. dah nak mampos pun still rebut benda free mcm tu...okay, bila gua dh dpt beli pisang and jambu batu tu, time gua nak keluar dr crowd tu mmg gua rasa mcm kena penyek sume abdomen gua,,tudung gua tertarik ke belakang..gilo ko apo..bila gua dah keluar, boleh plak salah sorg dr tentera pencen gua ni ckp apa.. "MAKCIK NAK BELI PISANG LA"...hohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...aku dah kena lenyek siap baru kau nk ckp..masa aku tunggu kat depan tu, takde plak ko pesan..bila aku tengok crowd balik..cam nak menitik air mata..gua tak mampu nak bertarung balik masuk dlm crowd tu..gua rasa mcm nak bagi je gelang tangan emas gua kat makcik tu, asalkan dia x suruh gua beli pisang tu.. sbb gua tak sanggup beb..dlm hati gua nyanyi lagu ombak rindu... tuhan tolong lembutkan hati dia...smbil suara bergetar..

dah la cuaca semalam panas nak mampos..mmg terbakar giler.. gua rasa memang dorg dah cek dulu cuaca dengan bomoh hujan ni bagi panas giler2 smpi x rasa angin lgsg! dah la panas, sesak..kepala gua dah start berdenyut2..gua tengok vip2 sume duduk bawah khemah, dpt makan berhidang sume..yang rakyat ni mcm nak mampos berebut makanan..mmg bangsat giler...mcm tu la keadaan smlm di melaka..sape yang pergi mesti dorg tau camne ramai nye musibat yang berebut beli brg percuma.. tu blum lu org pikir lagi bape ramai makcik2 ni pengsan sbb sesak napas dengan cuaca panas nye..gua risau gak kalau2 mak gua sesak nafas ke apa..tp alhamdulillah sume ahli rombongan gua selamat.. gila nak mampos wehh smlm..dlm hati gua pikir..kalau lepas ni malaysia kena catuan makanan ke ape yang memerlukan kita berebut makanan, gua dh bersedia enuff sbb gua dah lalui semalam.. and dalam pukul 1 tu kitorg dah gerak nak balik..ni satu lagi musibah sbb kitorg kena jalan almost 2km..sebab bas parking jauh gilerrrr...nak mampos btul la..gua memang menyesal x ingat la time ni...masuk2 je dlm bas, gua duduk depan sbb gua tak mampu nak berjalan ke belakang..gua tengok makcik2 yang pepagi tadi girang abis dengan bedak tebal, balik2 sume dah mcm belacan dah.. berminyak abis..ada yang terhongeh2 naik bas.. dlm terhongeh tu gua perhati jugak plastik kat tangan tu boleh tahan penuh tangan kiri kanan..ada2 makcik naik bas terus cabut tudung, and tudung tu dia buat kipas badan..sumpah panas giler beb..kejap tu bila sume dah ada bas pun gerak balik..gua cam tak sabar giler nak balik rumah nak mandi and nak tido..dlm bas tu gua duduk tepi tingkap, musibat apa sepanjang perjalanan nak balik, tempat gua kena matahari...sakit hati btul..langsir bas dah la kontot, matahari straight kena kat muka..panas giler..gua mcm nak mampos dah masa tu..dlm hati gua dah maki hamun smpi gua lega..sejam lebih gua tahan dari kena panas tu... gua smpi berdoa2 tlg lah redup sikit.. nasib gua smpi x bernazar..

masuk je simpang taman rumah gua, gua dah lega sikit..dh boleh tersenyum sikit..tp kelegaan gua sekejap je..sbb driver bas tu turun kan kitorg kat tepi simpang je..maknanya kitorg kena jalan almost 500m utk smpi ke rumah..time tu hati gua dah menangis.. gua rasa cam nak peluk je kaki driver tu smbil merayu mintak hantar depan rumah..gua cuba kuatkan kaki melangkah smpi ke rumah..rasa mcm nak berguling je masa tu..gua tengok makcik2 ni tadi lidah semua dah terjelir..mmg dengan panas nye, dengan penatnya, nak kena menapak sume... smpi je kat rumah gua, gua dah lega sangat2.. gua terus mandi laju2, bukak air cond bilik and lompat atas katil, terus baring...haaa... legaaaaa... time ni kalau siti nurhaliza lalu sebelah pun gua takkan toleh...lega nya dpt luruskan pinggang..dan gua pun tertido.........

ngeri kan trip gua?

Sunday 17 June 2012

sarang gua

 (jangan nak sentap..ni bukan ofis gua..sekadar gambar hiasan)

Harini gua nak citer pasal tempat kerja gua.. kalau lu org nak tau gua ni bekerja sebagai assistant manager.. tapi lu orang jangan pikir yang gua ni duduk atas kerusi pusing-pusing sambil semak2 file menimbun, pastu gua call setiausaha gua suruh masuk bilik sambil bawak file..jangan lu orang berangan mcm tu.. gua nama je assistant manager, tapi gua langsung takde staff bawah gua..haha.. tempat kerja gua ni ada 2 je staff..manager dengan gua.. sah2 gua assistant dia..kah3 gua kerja sini dah setahun lebih.. kalau lu org suruh gua senaraikan apa kerja gua , gua pun x tau nak terangkan..tapi keje gua ni lebih pada pembunuh bersiri.. bukan bunuh org..tp bunuh masa..cuba lu orang pikir, gua masuk kerja pukul 9 pagi smpi 6 petang..tapi gua takkan buat apa2..gua surf internet je.. lu orang bayangkan..8 jam gua hadap pc, apa gua nak buat? tu sume gua bosan tahap kuda belang..gua sampai dah tak tau nak bukak apa kat internet ni...kalau gua jenis layan bisnes online ni, sure gua dah pakai mercedez dah sekarang ni.. lu orang gigit jari je la tengok..malangnye gua tak berapa nk into sangat bisnes online ni (sebenarnye gua tak paham mcm mana nak cari duit kat internet) heh..

masa mula2 gua masuk kerja, gua jadi mati kutu..apa gua nak buat ni..gua rasa bersalah setiap kali gua men facebook, sbb gua rasa mcm tak buat kerja..tapi gua tak tau nak buat apa.. gua rilek dlu..smpi la hari kedua gua kerja, gua tanya manager gua.. apa kerja gua sebenarnye.. dia ckp sini mmg takde kerja..lu layan la internet sampai lebam..gua dah start gigil..dh tu apsal company ni gaji kan gua?? tapi itulah hakikatnya..masa mula2 gua masuk kerja..hari2 gua sentap..meraung dalam keretaa.. sbb gua rasa cam mati kutu..lu orang bayangkan dari pagi gua masuk kerja, nak tunggu pukul 6 tu rasa mcm nak tunggu anak buah gua yang belum pandai jalan lagi masuk darjah 1 tau tak..sbb bila lu orang tak tau nk buat apa, sure lu org rasa masa tu lambat je..boleh kata dlm setahun gua kerja ni, ada la dalam 3-4 email yang masuk suruh buat kerja yang dorang nak cam kerja2 audit sume..time tu gua la yang paling bahagia and paling cepat siap!! hehe sekali sekala dapat job takkan kau nak melangut lagi kan?? dlm seminggu gua kerja, gua pikir smpi bila gua nak jadi kuda belang kan... so gua pun dah start cari kerja lain.. ada juga gua g interview dekat 2-3 tempat, tapi tu la..tuah ayam nampak di kaki..tuah kuda belang? kuda belang mana bertuah.. smpi skg tak dpt keje lain.. gua rasa dorang tak cukup macho nak hire gua (vice versa).. diam x diam gua dah setahun lebih bunuh masa hari2 dekat 9 jam..and bila gua duduk hadap internet, gua mula la jadi volunteer utk adik bradik gua tlg cek kan email penting, tolong bayar online, tolong cek tiket flight dan memcm lagi..tapi gua enjoy sbb sekali sekala dpt job kan..at least ade gak benda yang gua bleh buat..

mesti lu orang pikir bestnyee takde keje mcm gua..datang keje buat bende lagho pastu balik..sure lu org rasa bestnye tak yah stress sume..jgn kalut..gua pun penah pikir mcm lu orang masa 1-2 hari kerja..bila dah masuk minggu kedua..gua mati kutu jugak tak tau nk buat apa..smpi satu tahap gua dah stat stress and mula bercakap seorang diri.. mmg best takde keje, tapi maximum pun sehari dua la.. masuk hari ketiga lu orang sure dah fedap nye.. ok tu psl tak de kerja, musibah kedua kat tempat kerja gua ni, takde staff.. ok lu org pikir lagi eh, gua dah la takde kerja, duk melangut pagi smpi petang..takde staff plak tu..kalau ade sorang staff (asalkan tak bisu), kira gua dh cukup bahagia dah..hari2 boleh borak sambil bunuh masa.. tapi ...nak buat camne..tu sume gua stat ckp sensorang.. and ckp ngan dinding.. err maksud gua cakap kat wall FB..

musibah yang ketiga, kerja gua ni takde cuti sabtu ahad..haa..aku rasa bile korang baca ni , sure korang rasa simpati dah kat aku.. cuti gua jatuh pada rabu & khamis..pelik tak? pelik kan? lu orang bayangkan, dah dekat setahun lebih gua korbankan cuti sabtu ahad gua.. kekdg adik bradik gua balik, anak buah gua yang comel tu balik tp gua tak dapek nak spend time ngan dorang.. gua kena bangun pagi pergi kerja.. gua sedih kekdg.. dlm kereta gua sentiasa psg cd maher zain..bagi tenang jiwa setiap kali nak gi kerja.. bila gua dah kerja weekend ni, rumah kenduri / kawin takyah ckp la..mmg gua tinggal jauh..and musibah ke namblas,  kalau lu orang nak tau, gua ni part time student..belajar pjj.. so biasenye kelas pjj sure la weekend kan, and weekend gua kena kerja..so lu orang pikir la camne gua nak belajar..takkan gua asyik nak mintak cuti btul tak? dah la..gua penat la asyik suruh lu orang pikir..gua tau lu orang bukan nak pikir sgt pun..btul x? gua gurau je..jangan sentap donggggg

Parents vs Kids


Bebudak zaman sekarang ni gua tengok makin mengada-ngada..tak pandai nak berdikari.. kalau nak buat folio tu, kemain ajak mak ayah atuk nenek (ni aku tambah) sekali..seboleh-boleh nak mak dorang ikut sekali buat folio.. kekdg tu aku tengok komputer sebelah anak main facebook, mak dia yang terkial-kial buat folio dia. tak abis dengan tu, mak dia pulak yang tolong binding kan..pendek kata , mak dia yang buat semuanya..yang anak main facebook je kerja nya..punya la sayang kat anak sampai macam tu sekali..mak aku tak penah nak buat kerja sekolah untuk aku dulu..semuanya buat sendiri.. boleh menitik air mata kalau ingat balik zaman dulu.. yer lah, zaman dulu mana ada komputer, internet bagai ni..disket pun ha bosar buku talipon..mana wujud pen drive sume ni..yang ado cd..tu pun bukan main banggo sapo yang ado cd tu.. mcm 4U2C siap gantung kek dado..

gua ingat lagi dulu gua balik sekolah langsung tak rehat terus bukak buku buat folio..maklum lah dulu den mudo laie.. setakat balik sekolah boleh lari 4 pusingan padang apa ada hal..sekarang toksah cakap la..somput dado den.. jalan ambik nasi kat dapur pun dah terhongeh-hongeh..kuek bunyi napas den.. kucing pun seriau dongar.. ok berbalik psl folio tu, zaman dulu mana ada printer (printer ada, cuma gua yang eksyen tak nak ambik tau). So, gua ingat lagi masa buat folio geography, nak kono lukih poto mesia.. gua tekap satu-satu.. lu mampu? rilek, gua tanya je..jangan menggelebah..gua tau lu tak mampu..keh3 jangan sentap dongg..

tu la gua ckp, boleh menitik air mata kalau ingat zaman dulu..memang payah bonar hidup gua ni.. ayah gua belum kaya lagi masa tu..gua ni boleh ibaratkan antara bebudak yang kalau boli tembikai tu, gigit sampai dasar dia yang warna hijau tu..maklumlah rugi kalau buang time ada merah-merah tu lagi ..duit belanja sekolah gua 50 sen je..sekali kalau gua beli air gas, abis 50 sen.. pastu gua gigit jari je la tengok bebudak lain makan kek kantin..meleleh air liur gua tengok budak singh anak orang kayo makan nasi ayam..dah la makan cam babi guna tangan kiri..mula la gua sentap.. maklumlah, silap gua jugak yang gatal gi beli air gas minuman orang kaya tu apa hal kan..tapi sekarang alhamdulillah..hidup gua sekeluarga dah banyak berubah.. sebab tu gua cam tak yakin je tengok bebudak yang omak eh tolong buek kan folio dorg ni..gua rasa bebudak yang terlampau manja camni payah nak berjaya.. zaman sekarang mak bapak lagi cuak bila anak dorang exam..mana tak stress bebudak ni kan.. mak ayah put pressure nak sangat anak dorang berjaya.. tapi takpelah, gua belum pegang tittle ibu-ibu lagi so gua takleh nak komen lebih2 kan..mana tau sok2 kalau gua dah ada anak, silap2 gua lagi ober dari dorang...heh