Sunday, 16 September 2012

Smart tag


Kejadian ini berlaku semasa Ayah aku dan Lelaki A menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama

Lelaki A : Abang, saya baru beli smart tag  (dengan nada bangga)
Ayah: Apa tu?
Lelaki A : Smart tag ni kalau kat tol, kita takyah berhenti..tekan minyak je, sensor tu   boleh detect automatic..dia detect je terus palang tu terangkat..takyah nak brek-brek
Ayah: ooo..yeker? hebat tu
Lelaki A : Kejap lagi sampai kat tol, saya tunjuk kat abang

-------------------------------------------------
(100m ke tol)


Lelaki A :  ha..okay abang tengok eh, saya pecut sekarang (sambil tekan minyak vroooommmm)
 Ayah: ehhh ehhh jagaa jagaaaaaaa!

sreeettttttttttttttttttttttttttttttttt (bunyi brek emergency) - cuma suku kangkang kucing je dari palang tu..

Lelaki A : nape palang tu tak bukak? (dengan nada cemas)
-------------------------------------------------------
 datang kakak yang jaga tol

" oooo ni encik pasang smart tag ni terbalik, sebab tu tak dapat detect sensor" (sambil membetulkan sensor smart tag tu)

terus senyap sunyi dalam kereta sampai rumah

Kah!Kah!Kah!

Berlagak lagi..kan dah malu!

Saturday, 8 September 2012

Movie of the week

Sabtu lepas gua, kakak and adik gua plan nak gi tengok movie. Ada beberapa movie yang kami duk review antaranya The Possesion, The Three Stoges & SAM (saya anak malaysia, eh silap saya amat mencintaimu) .

  
SAM mcm best tapi bila pikir balik..alahai..lemah sikit nak tengok citer melayu, sebab nanti mesti gua balik yang sakit hati.. Tapi malam sebelum tu, kitorg buat research sikit pasal movie SAM ni dengan membaca movie review, komen orang awam yang dah tengok & tgk trailer nya dekat youtube. Nampak cam menarik, cuma nya komen-komen orang yang dah tengok ni tak boleh pakai sangat.. sebab dorang ni kekdg puja puji movie tu sebab minat pelakonnya.. nana tanjung pun boleh jadi "the best movie ever" kalau hangpa peminat setia pak pie'e btui dak?

Satu lagi gua pikir, kalau dah kuar astro first sok, senang sikit gua nak tengok nanti.. bukan langgan astro first, tapi sure ada insan budiman yang akan upload and bleh tgk online..

So, lepas congak, campur tolak ,baling dadu, osom dengan kuda belang segala..kitorg pun decide untuk tengok movie The Possession.. Sampai dekat wayang, ngam2 dah nak start..beli tiket, then sewat pop corn sekotak dua then terus masuk panggung..


Gua nak citer sikit psl filem The Possession. Cerita ni sangaaaaaat la scaryyyyyy.. Gua tak mampu nak ulang tengok cerita ni buat kali kedua, hatta lu orang bagi tiket free, sediakan makan malam dan penginapan ke, ai won't compromise.. gua dah ketaq lutut tengok citer ni..seram nak mampuih wa cakap lu..

Cerita dia pasal budak perempuan ni nama Emily, kena rasuk dengan roh jahat yang ada dalam kotak tu.. comel kan budak ni..


Time ni dah hilang comel dia dah..sebab roh tu dah bersatu dalam badan dia.. seram wooo!!!

So, kalau lu orang ada masa..gi la tengok kat wayang..citer seram gini seronok tengok kat wayang..gambar terang, sound system best, kalau pelakon tu batuk pun ko boleh berderau..kucing mengeow takyah cakap la..mcm nak terkencing raso eh.. so sementara cerita ni masih di tayangkan..bleh la lu orang gi tgk.. apepun, gua mmg takde saham pape dengan citer ni..sekian


Hari Raya bagai nak gila

Gua rasa masih belum terlambat untuk gua ucapkan Salam Idulfitri, Maaf Zahir & Batin buat peminat-peminat gua serta buat semua pembaca blog gua walaupun gua tau nan ado yang baca blog gua.

Hari raya macam biasa, meriahnya tak terperi..Gua pun sekali sekala enjoy jugak berborak dengan sanak saudara, main dengan kucing belakang rumah, sorokkan selipar cousin yang gua tak suka, buang biskut raya yang tak sedap bawah sofa dan macam-macam lah.

And gua percaya ada di antara lu orang yang dapur rumahnya masih belum berasap laie..btui dak? kuali elok cantik tergantung kek dinding dapur..bawang kek bakul siap dah tumbuh pokok ..silap2 telur ayam dah menetas kuar anak ayam gamaknye, bahana jemputan ke open house yang tidak putus-putus tu.. Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua..rezeki yang melimpah ruah dengan izinNya.

Apapun ni ada gambar khas untuk korang!

Terasa tak? Terasa tak? Terasa tak?


nampak tak kat situ.. time bulan puasa kuruih kering..bila tang raya, open house sana sini..haa.. jadi gomok la apo laie..


Buat yang jenis hardcore , yang tak pernah miss 1 jemputan pun untuk ke open house  cam nia ghoman eh


Lopeh balik dari open house, apo laie, terlontang la..



Kalau dah tuan rumah hidang sate time open house, makan lak 20 cucuk,atas ampaian pun boleh tersadai..ngantuk nye pasal...


Sementara tunggu suami balik pun boleh tumbang kat tepi tingkap...


Time nak bunuh diri pun boleh terlolap.. open house nye pasal..



Kalau boleh, makan tu biarlah berpada-pada sikit. Tak semestinya kalau org bagi makan free kita melantak macam tak ponah makan.. Yang penting jaga kesihatan sebab kalau kita tak kawal makan, badan jadi sakit sama macam kita menzolimi (gaya ustajah) diri sendiri.

Kurangkan makan, banyakkan bersedekah ..meoww